

Pelajar Politeknik kini boleh menjalani latihan industri di OTAi GROUP
LEMBAH KLANG – Bermula 8 Julai 2021, pihak OTAi Group menerima pelajar-pelajar dari Politeknik untuk menjalani latihan industri di anak syarikat kami. Peluang keemasan buat mereka yang masih tiada tempat untuk latihan industri yang mana kami akan dedahkan kepada pelajar-pelajar tentang ilmu keusahawanan Islam dan perniagaan.
Pelbagai inisiatif diberikan kepada pelajar termasuk elaun RM 300.00 sebulan, hostel, dan pengangkutan ke tempat latihan disediakan. Makanan tengah hari juga disediakan secara percuma setiap hari Jumaat. Pelajar yang berminat hanya perlu bawa keperluan diri dan sanggup untuk berhijrah ke Selangor dan Kuala Lumpur. Jom sertai kami sekarang. Tempat adalah terhad.
Daftar Sekarang :
Pejabat : 019 – 6327 363
